Sunday, October 24, 2010

daftar.hati


bismillah :)

memulakan hari pertama dengan sebaik yang mungkin. biasalah, bila ada sesi daftar-daftar ni banyak kelemahan pihak yang berkuasa dapat di lihat. manusia memang tak sempurna tapi sampai bila ke-tidaksempurna-an tu nak di biarkan ? setiap sem masalah yang sama berulang. kelihatan seperti tak di buat post mortem selepas satu-satu perkara dilakukan. xpe. cuba try ubah ckit2 :)

1st class dah pun jalan pagi tadi. introduction to animation :) final projek pun sudah di taklimatkan. sekali melangkah, harus tetap terus melangkah. saya dah cebur diri dalam bidang ni. kata orang, genggam bara api biar sampai jadi arang. eh, paham ke ? hu

biasalah sesama kawan-kawan. kadangkala kita tak sedar yang orang terguris dengan kata-kata kita dan kadang-kadang mereka tak sedar yang kita terguris dengan mereka. benda kecik je tapi kerana hati manusia yang terlalu lembut ini menjadikan hal itu besar. kemudian mula lah berendam air mata nak menghilangkan kesedihan hati. bagi saya, cara paling mumtaz untuk hilangkan rasa terguris ialah larikan diri dan duduk sorang-sorang. buat-buat busy dan lupakan silap orang pada kita sebab jangan lupa yang kita juga mungkin pernah lukakan hati dia :)

sekarang saya tengah duduk sorang-sorang. on laptop dan update blog :) banyak smiley dalam post kali ni sebab saya masih sedang berusaha untuk tersenyum buat menghilangkan rasa tu :)

tutup kes :)

0 kesan: