Sunday, October 24, 2010

cerita


bismillah :)

cuti sebulan dekat rumah hari-hari ulang rutin yang sama. kadang-kadang sebelum tidur ada jugak telefon sorang dua. kawan-kawan masa skolah dulu. kata orang, jangan tunggu orang je yang nak ingat kita, kita pun kena ingat orang jugak :) kan2~

sejak dah takde facebook ni, update dari kawan-kawan smakl dah jarang nak dapat. entah, hati rasa lagi lega takde facebook. maklumla, saya ni addict pada cik fb ;) jadi bila dah takde depan mata, dah takpayah nak mencari, ye dak.

ada jugak dua tiga orang yang suruh saya buat balik fb. banyak kebaikan katanya. dan ada yang tak berapa setuju dengan alasan kenapa saya deactivate fb saya. huhu. mungkin betul, saya juga tak mengkaji sepenuhnya. tapi jangan risau, sampai satu saat nanti, mungkin saya akan buat balik fb tu, mungkin :)

masa borak dengan sorang sahabat ni, tanya dia apa perkembangan sahabat-sahabat yang lain. dengan harapan dia tahu, sebab dia masih ada fb ;) jawapan dia, masing-masing nampak macam sedang saling bersaing dan berkejaran untuk mencari CINTA. yup, cinta sesama manusia.

tak di nafikan, tu semua fitrah. saya tidak menolak perasaan itu sepenuhnya, dan saya juga tak mahu hanyut dalam perasaan tu. bagi saya, perjalanan hidup ini masih panjang, masih jauh, dan mungkin amat berliku. ada masa kita bangkit dan berlari. namun ada masa kita jatuh. ingat lah, masa tu hanya Cinta Allah dan Cinta umi ayah je yang setia kat sisi :)

apa pun, fikirkan apa yang terbaik, lakukan untuk yang terbaik dan Allah akan berikan apa yang terbaik, insyaAllah :)

wslm

0 kesan: