Friday, January 25, 2013

Tu diaaa

0 kesan
Bismillah

Me : Happy birthday kak long.
K.long : Hihik. Okay. Dah 25 tahun dah.
Me : Ha ah kan. Peh.

Tiba-tiba :

Umi : Eh tahun ni 25 eh *soalan retorik. Takmau jawapan punn
K.long : Ha ah. 25 dah.
Umi : Oh dah 25. Ni hmm ni bila nak kawen ni.

Me n adik : Hahahaha. Setepek kena :P


________________________________________________________

Aku sendiri wonder, takde calon ke busy nauu jadi doktor tu. Haha
Apa pun. Moga cepat jumpaa jodohh ^^

Thursday, January 17, 2013

Cuti yang tak macam cuti

0 kesan
Bismillah :')

Peh peh seminggu berlalu macam air jee. Tak sempat nak merasa cuti. Without any doubt, dengan seconfirm confirmnyee naik je cuti exam menunggu, esaimen semua tuntut due date. Belum kira fyp lagi. Nak viva lagi. Mendeee. Haha.

Dengan fcr fasa 2 lagi. Even dah tarik diri, still ade rasa tanggungjawab sbb tarik diri last minute. Sian pulak deme yang sudden naik pengarah. Sorry guys :'(

So, cuti berbaki lagi dalam 4 hari je. Taktau nak angkut viva balik kuis tak. Or shud saya tinggal saje viva tu kat rumah since kak long nak balik umah. Hmm.

Aku dengan ini mengisytiharkan, bahawasanyaa kerja aku tak berjalan langsung ada kat rumah. Kerja yang jalan adalah kerja keluar jalan-jalan dengan kak ngah, kerja g pasar malam, kerja buat cupcakes, cheese tart dan semestinyee kerja menambah berat badan yang sedia berat. Bahagieee katekan. haha !

For now, aku rasa nak enjoy the moment yang ada. Tapi kalau enjoy sekarang, nescaya naik kuis nnti mengalir air mata darah gara-gara kerja berlambak.

Btw cuti akhir sem ni 3 bulan. Wait ! 3 BULAN bak hang. Peh peh. Memang kena kerja la. Kak ngah dok sebok nak buat bisnes online dia. Moga-moga kalau ada yang membaca, sudilah kirenyee membeli jugee. Huahua.

Serius ziha baru im. Peh peh apsal isnin ade midterm guaa tak egt ni. Allahhh.



Rabbi yassir wa la tuassir.

Sepertinyee kena tutop internet ni. Kalau tak tak ke mana kerja. Huahua

Doakan aku.

Tuesday, January 15, 2013

0 kesan
Bismillah..

Honey Lemon in the houseeeee :')




Monday, January 14, 2013

Meeeeee :')

1 kesan
Bismillah :)

Dengan nama Allah aku memulakan balik blog aku yang sepertinyee masuk hampir 2 tahun aku tinggalkan.

Kenapa aku mulakan balik mengepost kat sini, jawapannya haruslah kerana aku nak menjemput korang ke majlis walimah aku tak lama lagi. ( Eh, bila pulakk)

Eh tak tak, tujuan blog ni nampak macam bakal aktif balik walaupun aku taktau akan aktif betul ke tak ialah mungkin sebab rindu nak jumpa blogger-blogger yang aku kenal hidup deme dalam dunia blog ni tapi aku taktau pun sape deme. Tipu je. Haha.

Well well, tyme aku tinggalkan blog ni masa tu aku baru 2nd semester. Dan Alhamdulillah sekarang aku dah pun masuk tahun akhir in shaa Allah. Pohon doanya pak ! :)

Study makin susah. Bohonglah kalau ada study makin senang. Umur pun makin tambah. I'm now officially 21 tahun dan 6 bulan :'). Tyme flies so fast, kan. And i'm growing older. T.T

Sekarang tengah cuti midsem for a week. Bulan tiga dah Final. And bulan 10 habes sudah degree in shaa Allah. Makin fikir-fikir, tah apa yang aku dah buat. Al maklumlah, umur kan makin tambahhhh :(



Being at home, trying to be the best daughter for my ummi, hari-hari masak cheese tart lah, cupcakes lah. Mana lah tak gain weight kat rumah ni. Hiks.






So far so good.
Till we meet again, guys :)

Tuesday, May 31, 2011

:)

0 kesan
bismillah :)

sayu hati dengar zikir dari masjid Al-Azhar KUIS ni :) syukur sem ni dapat balik duduk rumah lama dulu. dekat dengan masjid. hari-hari nampak masjid. hari-hari rasa masjid. dan hari-hari rindu masjid :)

alhamdulillah. sedar tak sedar minggu ni dah minggu ketiga. dah nak sebulan dah aku stat balik blaja. aku pun sibuk sekarang. sibuk dengan persatuan. entahh. dulu aku dah pernah janji dalam diri. aku tak nak lagi terlibat dengan persatuan. sem lepas aku lepaskan satu jawatan naqibah usrah. sem ni dua jawatan datang menghulur diri minta di isi. tipu kalau aku kata aku suka ada jawatan banyak-banyak. benda ni buat aku trauma. sama macam aku dekat smakl.

kalau dulu aku pernah buat silap. terlalu sibuk dengan outdoor activities sampai aku sia-siakan masa high skul aku. dan berbekalkan pengalaman yang satu tu, aku nekad tak nak lagi jawatan. tak nak tanggungjawab.

tapi takdir Allah datang. dan sungguh. ini jauh lebih berat dari yang dulu ....

apa pun. ia amanah. aku harus laksanakan. berat. satu fakulti mohon diuruskan.

taknak ulang kesilapan. insyaAllah :)



p/s : saat rasa itu hadir, lantas laju ku letak ia minggir-minggir. pelbagai hikmah ku terima, kerana dia memang bukan yang teristimewa :)

oh oh results dah dapat. ALHAMDULILLAH ^^

wassalam

Sunday, May 1, 2011

its me

3 kesan
bismillah :)


alhamdulillah. dua bulan cuti dapat la jugak keje dalam sebulan setengah gitu. masuk kolej 11hb. berhenti awal kasi settle apo yang belum settle. hehe

keje ? so far alhamdulillah. its gud sbb kita lebih kenal orang, lebih ramai kawan dan lebih dapat kenal ragam orang. penat takyah cakap la. keje ni berat sebab keje sebagai cashier pasaraya borong. bukan cashier kedai buku ke kedai runcit ke. kekeke

bak kata orang tu, macam mana nak tinggi kalau hari-hari angkat benda berat. huhu

and for me, i'm being myself dekat situ. no high heels, no lawa2. just satu uniform kaler kuning yang sume orang pakai, tudung biasa, seluar slack serta sneakers ! hehe

untuk ketinggian macam aku yang terang-terang tak berapa tinggi, kadang-kadang high heels beri aku satu perasaan confident sket nak berjalan, nak jumpa orang. tapi kat situ aku memang 24/7 dengan sneakers. aku suka sebab thats totally me. sangat biasa.. takde aih nak lawo2. simple dan sama macam orang lain.

at that time bak kata member aku, kalau orang berkenan pun betul-betul sebab diri kitalah. bayangkan kalau tyme gaji, tyme pakcik makcik tokey kedai beli barang and tyme weekend yang indah tu. masuk keje pkul 7am sampai 11pm dapat tarik-nafas-lega-minum-air-seteguk-dua pun masa rehat je tau. takde nye masa tgh keje dapat rilek2 macam tu. muka berpeluh, badan berlemuih. bak kata member aku jugak, orang tengok pun bukan takat pandang sebelah mata, tapi tak pandang lgsg. hihi

umi kata keje tak berbaloi. masuk awal balik lmbt. even tu OT tapi still tak berbaloi. korang short tolak gaji. penat pun dapek ha. tapi takpelah. bagi aku asal tak duduk rumah-harihari-termenung-tak-buat-apa-menghabiskan-boreh, baik aku kerja. dapat tambah duit poket, ye dak :)

keje ni kena tuck in baju. benda yang paling takbest lah aku rasa. tapi sebagai manusia yang masih ada rasa segan untuk tuck in, aku dengan niat yang betul insyaAllah, aku telah tidak mentuckinkan baju dengan senang hati dari mula masuk keje sampai balik. mungkin dengan niat yang baik, Allah tolong, kan :) so takpernah kena marah :D

kat situ aku kenal ramai orang. since pindah rawang bumi tercinta yang jauh dari orang ni, aku takpernah keluar rumah untuk kenal orang-orang. memandangkan dulu high skul duduk hostel dan skrg pun still duduk hostel. so bila kerja ni baru kenal orang.

tipulah aku cakap kalau tempat tu tak sosial kan. tapi asal tau bawak diri, tau protect diri insyaAllah everything will be fine. dan secara tak langsung, ini semua sebenarnya yang mengajar kita dunia sebenar nanti macam mana. tak semua orang baik tau.

one of experience aku ialah bila ada sorang ni mintak nak hantar rombongan merisik dekat rumah. nasib baik aku bukan jenis yang ada sindrom-kegatalan yang melampau. aku anggap gurauan je. aku cakaplah dah ada yang merisik. lepas tu terus dia takmo cakap dengan aku dah. patah hati ke =,=". susah kalau berkawan  tak jujur nih.

dulu aku selalu belek duet syiling. tengok tahun dekat duit syiling tu. konon-konon tahun tu tahun 2012. maka aku dengan semangatnya akan selalu carik duit syiling yang tahun 2012. konon duit baru lah tu. dan akan bersemangat jugak kalau jumpa syiling purba. konon-konon tahun 1885. haha. tapi sejak keje ni tak heran dah. hari-hari dalam float kaunter tu aku tgk duit. and in fact hari-hari syiling tu tahun 2011 sebab hari-hari tukar syiling dekat bank :P

banyak lah pengalaman kalau nak cite. menangis dekat toilet sebab kerenah satu customer ni. eh ! tapi kan sepanjang kerja satu bulan ni aku berjaya dapat satu regular customer tau. dia bukak restoran. asal pagi-pagi beli barang basah je nak beratur kaunter aku. even Q dekat 3-4 barisan pun dia still nak tunggu. kadang-kadang puas aku cakap, "makcik, depan tu kaunter banyak kosong tu". dia takmau jugak. dia kata, "takpe, acik nak tunggu sini jugak ". huhu. padahal dia beli borong 2-3 trolley. aku lah yang jenuh nak scan and pack sume tu. kui2. kalau aku absent or off day pun dia amek tau. untung takde anak lelaki :P

almaklumlah, 20 tahun hidup ni festyme keje. masa cuti spm 4-5 bulan pun tak keje tau. cuti sem ni lah pulak gatal nak keje. orang kata, tempat jatuh lagikan dikenang. tempat pertama keje, mau aku tak kenang kan :)


apa pun, post ni sekadar satu sisipan je. satu coretan perasaan sebenar aku sepanjang aku menghilang-tak-update-blog sampai si dia Hull dah suruh bersihkan sawang. huhu

apa pun, aku tetap aku, tetap seorang gadis biasa yang masih punya Iman di hati dan Islam tetap aku genggami. doakan aku tak sesat yeh !


wassalam


luv,
aku