Monday, October 25, 2010


bismillah :)

baru je balik dari kelas. kelas ulum hadith :) hari ni hari pertama dan kelas pertama. maka nya, hanya sesi taaruf dan sedikit amanat dari encik ustaz :) masa ustaz tengah bagi-bagi nasihat, saya dengar tapi sambil conteng kertas. hehe. tengah sedap-sedap menconteng, ustaz cakap benda ni :

jika anda berada di dunia khayalan (cinta), anda tidak layak bergelar pelajar usuluddin.
sesuatu yang berupa maksiat adalah bukan pencerah kepada masa hadapan..


terhenti kejap menconteng. terus pandang muka ustaz. lepas tu ustaz sambung lagi :


tak salah berkahwin masa belajar
tapi yang menjadi masalah adalah pergaulan semasa sebelum perkahwinan.
jadi lah seperti imam nawawi, ibn taimiyah dan ramai lagi
cinta mereka pada ilmu sangat tinggi :)


saya faham maksud ustaz. dan kata-kata ustaz yang ni betul-betul masuk ke hati dan saya ingat sampai sekarang :)



1 kesan:

cik jannah said...

terasa sampai hati..akan ku ingat..:)