bismillah :)
masuk 2011. dak takde lagi umur belasan. aku kini awal 20-an.
menyingkap kisah furkan dogan, aktivis yang syahid dalam usia muda. (20 Oktober 1991 – 31 Mei 2010).
dalam umur 19 tahun, beliau syahid semasa sedang merakam perbuatan israel menyerang kapal mavi marmara. tembakan demi tembakan yang diterima sehinggakan tubuh beliau menjadi antara jasad yang hampir mustahil untuk di kenal pasti parasnya.
Allah.. dan aku di usia penghujung 19 ini masih terumbang ambing mencari identiti yang ingin aku genggami.
---------------------------------------------------------------------------
aku berada disini, mungkin tidak se-gah mana-mana ipt yang bertaraf tinggi di mata manusia. jurusan aku juga mungkin tidak sehebat jurusan mereka di luar sana. aku hanya manusia biasa dan hidup dalam keadaan biasa-biasa.
tapi aku bersyukur. Allah tidak menjadikan sesuatu itu tanpa sebab musabab yang kukuh. aku membuka mata dan cuba mencari di mana hikmahnya. sudah aku katakan, aku sendiri masih mencari identiti diri.
dan kini, hampir dua tahun aku di sini. menghabiskan usia degree selama 4 tahun. dan aku amat bersyukur.
katakan pada aku, sebutkan pada aku, ipt mana yang pensyarah dan pelajarnya berganding bahu menjaga ikhtilat pelajar disini. dan katakan pada ku, ipt mana yang membuat "roadblock" untuk menegur pelajar yang berpakaian lari dari tuntutan islam. dan kata kan pada ku, di mana ipt yang biahnya masih kekal dan sejuk dengan biah islam....
dunia kini pimpinannya sudah bukan lagi pimpinan mengikut acuan nabi, berlandaskan Alquran dan Sunnah. dunia kini hauskan pimpinan seperti zaman nabi, seperti zaman sahabat. umat kini diibaratkan seperti buih-buih yang terapung dilautan. sekali di tiup angin, ia bergerak. dan kadang-kadang pecah begitu sahaja.
janji Allah pasti terlaksana, islam pasti bangkit persisi saat islam megah suatu ketika dahulu :) insyaAllah
wassalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 kesan:
miss ur posts ! ;)
me too.. =)
proud to be student KUIS..
Alhamdulillah.. =)
mari kita berhjirah =) siapa lagi yg mahu mulakan perubahan kalau bukan kita?
Post a Comment