merenung jauh ke luar tingkap. entah apa yang di rasa. pastinya, kosong. kebelakangan ini banyak mengajar aku erti kedewasaan. erti hidup untuk memberi. erti nafas yang di beri pinjam dari illahi dan erti mata dalam melihat keagungan alam ini.
aku mula belajar untuk melihat dunia dengan mata hatiku. jalan yang ku pilih ini mungkin memang yang terbaik yang telah ditetapkan DIA. bukan mungkin, tetapi memang :)
__________________________________________________________________________
kisah 1.
kalau awak kata Allah itu menciptakan manusia dengan penuh kesempurnaan, tanpa cacat dan tanpa cela, kenapa Allah menciptakan manusia itu ada yang cacat anggota, ada yang tidak sempurna ?
senyap sunyi satu kelas. ibaratnya kata orang, ada malaikat yang lalu. padahal sebentar tadi semua hingar sibuk mahu bertanya.
aku juga seperti mereka. ligat akal ku berfikir. mencari sesuatu yang aku pasti jawapannya mampu membuka pintu hati.
tatkala akal berputar dan sibuk mencari jawapan lantas bangkit seorang pemuda yang tidak berapa ku kenali. namanya ? entah..
bagi saya, hikmahnya adalah kepada manusia yang sempurna seperti kita. agar dapat memahami mereka dan bersyukur dengan apa yang di kurniakan Allah dari sudut kesempurnaan diri kita.
dan dari sudut mereka yang tidak berapa sempurna, Allah mungkin memberikan kekurangan kepada mereka di dunia tetapi Allah memberikan mereka kelebihan di akhirat. maksudnya, kita yang sempurna ada dosa mata, mulut, tangan dan sebagainya. tapi seandainya kekurangan mereka dari sudut penglihatan, dari situ Allah telah menjadikan mereka tidak ada sebarang dosa mata.
ringkas kan penjelasan dia. tapi mampu buat aku tersenyum dan perlahan mengangguk setuju :)
aku ingin menjadi manusia yang tahu bersyukur. tidak hidup hanya untuk bersuka ria. tidak hidup kerana aku perlu hidup. tapi hidupku, adalah hidup yang bermatlamat, insyaAllah :)
p/s : ada sedikit perubahan situasi. memudahkan penceritaan :D
wassalam
2 kesan:
:)
insya Allah..
ameen~
Alhamdulillah..
"Sama2 panjatkan kesyukuran atas rahmatnya"
Post a Comment