bismillah :)
baru balik dari kelas hafazan (tapi kelas batal rupanya =,=" ). dengan perut yang dah main kan lagu zapin versi rancak keroncong, saya dan ziha bergegas pergi kafe. adat manusia yang tengah lapar. rasa nak makan tu menjadi-jadi. ikut hati semua nak di belinya. huu.
sekarang kat rumah (hostel) dah mula buat rutin masak. secara tak langsung jimat lah jugak duet :) tapi tadi dek kerana lapar yang hampir tidak dapat di kawal pergi lah jugak beli. teringin makan bubur nasi sebab tgk sambal kicap dia sangat ummpph. hehe. cili padi dia banyaaakkk dan nampak sangat pedas :D terus ambil 3 - 4 sudu. balik je rumah lenyek-lenyek cili tu konon-konon nak bagi pedass baru sedap.
maka pengajaran buat diri, sekarang rasa sakit pinggang sangat. *erk ada kaitan ke =,=" *
tak kesah lah, yang penting makan pedas selalu tak elok. makan pedas sangat pun tak elok. kawal diri dan pemakanan. umur masih muda, perjalanan hidup masih jauh, urusan dakwah masih belum selesai :)
wassalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 kesan:
Post a Comment