bismillah :)
ada benda yang jadi dalam dua hari ni. jap, nak tutup lagu barakallah : maher zain. mood lain tu :P
semalam saya bawak amie pergi jalan-jalan masjid jamek > masjid india > jalan tar . orang johor lah kata kan. jadi bawak dia ronda kl sekejap alang-alang saya kena cari kitab tauhid diperakui oleh fakta sains by abdul majid aziz al-zindani. sem ni saya ada subjek tauhid saintifik atau dalam bahasa arabnya al manhaj al alami fi dirasah at tauhid. subjek ni best dan perlukan pemahaman yang tinggi. jadi saya pun ambil insiatif pergi masjid jamek cari buku tafsirnya dalam bahasa melayu :) ustazah kata susah nak jumpa. alhamdulillah, jumpa jugak :)
amie teramat, sangat, terlalu kagum dengan suasana jumaat dekat sana. saya pernah cerita yang solat jumaat kat situ sampai dekat tangga lrt pun ada orang solat. so dari cakap je baik tunjuk kan. al hasilnya, kitorng berdiri dekat traffic light dari orang belum solat sampai nak dekat bagi salam sebab bagi chance dekat amie amek gambar banyak2~ hehe
semalam saya ada di tanya, kenapa post sebelum ni saya cakap yang saya tak suka dan tak pandai berpersatuan. bukan ke saya antara yang banyak berpersatuan masa sekolah. jawapan saya, saya memang tak pandai berpersatuan, tak de penjelasan dan huraian. hu.
saya tak suka berpersatuan bersebab. bukan saje-saje nak tak suka. saya seorang yang ada pandangan saya sendiri. ada pendapat saya. dan saya tak rasa semua orang bole terima pendapat saya. jangan risau, saya boleh terima pendapat orang selagi tak bercanggah dengan agama :) saya keras kepala dan saya degil. ye sangat degil. saya susah bila orang atasan saya menegur saya tapi dia juga buat. dalam erti kata pendek, cakap tak serupa bikin.
lepas tu saya di tanya, habis tu awak nak awak je la jadi leader. huhu. jawapan saya, jadi leader pun saya tak nak. saya tak pernah meminta untuk jadi leader. cukup lah pengalaman saya masa sekolah menengah dulu. sem ni jugak saya akan minta untuk menarik diri dari jadi naqibah. saya CUBA untuk lari dari semua tu. amanah tu berat. dan saya tak sanggup.
saya tahu gerak secara berjemaah itu jauh lebih afdal dalam agama. mungkin, mungkin suatu hari nanti. bila Allah tetapkan begitu, saya akan ikut. aci tak jawapan macam ni ;)
dan pagi tadi, saya di tanya tentang jemaah-jemaah yang ada di kolej ni. oleh seorang ukhti. saya cakap saya tahu ada beberapa dan saya pernah ikut satu jemaah ni. cuma sem lepas agak kurang sebab banyak clash dengan masa kelas.
dan tadi, saya di ajak mengikuti satu jemaah yang lain. syukran ukhti yang menjemput. memberi ruang dan peluang kepada saya untuk baiki diri. saya juga ada cakap dekat dia. saya takut tak dapat bagi komitmen dan tak konsisten ke usrah. banyak urusan kelas dan sebagainya. tapi katanya tak mengapa. pergi supaya dapat mengisi hati :)
tiba-tiba tadi saya terifkir. kenapa ada jemaah yang banyak dan berlainan. fikrah yang berlainan atau kenapa ye. huhu. nanti saya kaji insyaAllah :)
eh, macam jauh je pergi entry saya ni. kesimpulannya, masing-masing ada pendapat masing-masing. saya juga tidakt terkecuali :)
wassalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 kesan:
ku..ta suka la camni..
aaaa. jannah tak suka apa ?
kita salah cakap ke :(
Post a Comment