ku mula kan kalam dengan firman Allah yang maha agung :
Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya
(Al-Baqarah : 286)
hidup ini penuh dengan duri juga penuh dengan ranjau. tapi Allah juga turut menyelitkan pelangi dan juga mentari. hidup tidak selalunya panas kerana ada kala ia akan hujan namun Allah tidak sentiasa memberikan hujan, kadangkala ada mentari dan kadangkala ada pelangi.
katakan pada aku siapa yang tidak punya masalah di atas muka bumi ini. hatta anak-anak kecil di tadika juga punya masalah. masalah takut pada guru, masalah malas ke sekolah dan masalah untuk mencari kawan. dan semakin meningkat usia semakin bertambah masalah kita. memang, ia bertambah seiring dengan usia.
kau katakan kau punya masalah. aku juga begitu. mereka diluar sana juga begitu. namun Allah tidak berikan sesuatu masalah itu tanpa penyelesaian. Allah rindu mendengar rintih kita. mereka punya masalah, mereka bangun solat malam, yang wajibnya di awal waktu dan yang sunatnya sentiasa berlaku. kita pula bagaimana ?
masalah bukan untuk diulang-ulang. bukan untuk khabarkan pada satu dunia. tetapi ia untuk direnungi, untuk dibuat muhasabah diri, untuk menjadi penanda aras kekurangan diri. dekatkan diri pada Allah. dekatkan diri pada Allah. berbuih mulutku ulang kalimat itu.
Allah mungkin tidak tunjukkan jalan keluar sepantas itu. namun Allah mampu memberikan ketenangan hati, kekuatan jiwa. kerana Allah adalah pemegang hati ini. kerana Allah yang membolak-balikkan hati ini.
kau katakan kau punya masalah. katakan pada aku mana jalan yang kau pilih. rumah Allah atau berjalan-jalan bersama dia yang bukan mahrammu ? yang mana ia jelas maksiat dan berdosa disisi Allah. kau katakan kau mahu ketenangan hati. jalan yang kau pilih ini memberikan ketenangan hati atau kesakitan buat diri ? kau pulang membawa sakit buat diri. fikir, kenapa sakit itu datang. fikir ...
aku juga manusia biasa. aku tidak sempurna. aku juga buat salah. dan aku juga berdosa. dan saat aku melakukan dosa yang membawa kehinaan di mata Allah, Allah tidak lupakan aku. dia tunjukkan aku jalan, dengan memberikan aku satu "warna" dalam hidup. ia digelar MASALAH. aku lantas terduduk dan merenungi mengapa ini semua terjadi. dan Allah akhirnya kembali memegang hati aku. untuk di kuatkan dengan iman, dikuatkan dengan takwa.
aku manusia biasa ...
andai masalah itu tiba, jalannya mudah. pertama kembali pada Allah, adukan segala-galanya pada dia. dan kemudian esoknya saat kau buka mata mu, kau akan rasakan keajaiban dari dia, Penciptamu.
tapi andai aku ulang dan ulang untuk 150 juta kali sekali pun, kau masih tetap pekak kan telinga, bekukan hati, segalanya akan jadi sia-sia ...
aku katakan padamu, orang buat baik pada kita, balas baik balik pada dia. cuba fikir apa yang orang tu rasa andai selama ini rupa-rupanya kita lakukan perkara yang tidak disukai dia.
begitu juga dengan Allah, dia berikan kita nikmat yang banyak, tapi akhirnya, di atas bumi ciptaannya ini kita lakukan maksiat, berpegangan tangan dengan yang bukan mahram juga bersayang-sayang. maka balik kan soalan yang satu ini dalam hatimu yang lembut itu :
masih layakkah aku untuk mendapat perhatian dan kasih Allah andai aku tidak pernah berusaha membalas kasih yang selama ini telah Dia berikan.
fikirkan ...*aku menulis atas dasar aku kasihkan dia. kerana dia sahabatku ..
wassalam
3 kesan:
Bismillahirrahmanirrahim..
Kerana dia juga sahabatku...
Benar..
semua manusia akan ada masalah dan ujian tersendiri..
Bila Allah bagi ujian, itu maknanya Allah sangat sayang dengan kita..
لا حول ولا قوة إلا بالله
Tiada siapa yang kuat kecuali Allah, manusia hanya kuat bila ada Allah..
Sahabat,
masalah itu namanya ujian
apabila dirimu diberi ujian,
Tempuhilah dan keluarlah,
sebagai seorang pemenang..
Sungguh,
Allah merindui hamba-hambaNya..
Allah swt berfirman : Wahai Jibril apakah hambaKu berdoa kepadaKu?
Jibril menjawab : Benar Ya Allah.
Allah swt berfirman : Wahai Jibril apakah hambaKu memohon permintaan kepadaKu?
Jibril menjawab : Benar Ya Allah.
Lalu Allah swt berfirman : Wahai Jibril akhirkanlah permintaan hambaKu itu kerana Aku rindu mendengar suaranya.. (HR Anas)
InsyAllah,
Kerana dia juga sahabatku.. =)
betul cakap awak :)
Allah benar-benar rindu mendengar rintih hati kita.
jangan ego nak bertemu dengan-Nya. kerana Dia yang mencipatakan kita dan sentiasa berada di sisi kita, kan :)
kerana dia juga sahabat saya..:) dia sahabat kita..mad'u kita..:)
Post a Comment