rasa ini rasa yang Kau beri
senyap-senyap ia diletak disudut hati insani
rasa ini rasa yang ku ingini
terang-terang ku zahirkan rasa hati
namun yang hanya mengetahui
Dia Tuhan Rabbul Izzati
dalam kalbu ku pendam hasrat hati
kerana masanya belum tiba lagi
andai saatnya kunjung menghampiri
akan ku cium ibu ku di pipi
akan ku kucup ayah ku yang disayangi
kerana mereka asas aku di sini :)
ku
- 7.06 pm / 7 februari 2011
-saat siang hampir melabukan tirainya

0 kesan:
Post a Comment