Thursday, November 4, 2010


bismillah :)

ada janji dengan hasif nak kasi  pinjam buku ni dekat dia. memandangkan kitorang dah kawan dari sekolah rendah sampai sekarang so saya decide nak beli je sebuah dan hadiahkan dekat hasif. lagipun sekarang dia dekat alex. jadi saya plan biar lah saya yang belikan. kawan dah dekat jap nak kira dari darjah 4 (2001) - 19 tahun (2010). wahh. dekat 10 tahun da :) sekali sekali takpe :)


belajar rajin-rajin sif. baru rasa berbaloi aku belanja buku sebuah :p. bajet hasif baca je. kui2


tahun ni dalam awal tahun ada ikut program dakwah dekat negeri sembilan. jadi fasi untuk adik-adik sekolah rendah sempena program jom solat. program tu dalam  3 jam saje. so kena manfaat betul-betul.

teringat masa adik-adik tu mintak lolipop yang saya bawa. saya cakap kalau sape tanya banyak soalan baru saya bagi lolipop tu. lepas tu ada adik ni tanya :


kak, kenapa perempuan di suruh tutup aurat ?



gulp, telan air liur sekejap. adik yang tanya tu nama hafiz, darjah 4. tak expect soalan tu akan keluar. ligat otak saya berfikir apa jawapan yang saya nak bagi sesuai dengan akal pemikiran budak sekolah rendah. saya belajar mantiq, so kena lah aplikasi kan, kan :D


adik-adik pernah dengar tak yang kalau sehelai rambut kita nampak, kat akhirat nanti Allah akan balas dengan tariiikkkk rambut kita. sakit dia berkali-kali ganda dengan sakit dekat dunia. sakiit sangat.



tu je saya mampu cakap. ada jugak nak keluarkan ayat quran surah anNur tapi takut ia melebihi akal kanak-kanak. tapi lepas saya bagi jawapan semua adik-adik saya yang seramai 10 orang tu senyap. sikit pun tak bersuara. muka diorang nampak kosong. risau jugak saya. saya takut penjelasan saya tak cukup bagus :(

dan masa akhir program saya tanya, bagitau dekat ustazah apa adik-adik dapat sepanjang adik-adik dengan ustazah ?


 hafiz dapat tahu hari ni yang aurat tu memang kena tutup sebab kalau tak tutup nanti dekat akhirat Allah akan hukum kita pastu nanti kita sakit sangaaatt.



saya terdiam. saya terharu. dan saya berterima kasih pada Allah. penjelasan saya tadi di terima. doa saya agar adik-adik tu semua dapat ingat apa yang saya bagi tau serta amalkan insyaAllah :)

p/s :

1) saya juga ada dapat soalan

kak, kenapa waktu subuh kena baca doa qunut ?


jawapan saya yang mengikut akal adik tu yang darjah 2 ;)


sebab masa subuh kita semua mengantuk sebab baru bangun tidur. jadi Allah suruh baca panjang-panjang supaya lebih segar ;)

alamak. aci tak. hehe


2) saya suruh adik-adik tu panggil akak je tapi ustazah diorang masa kat sekolah suruh gak panggil ustazah. segan saya. tak layak lagi nak di panggil ustazah. tapi last-last terbahasakan diri ustazah jugak :D


3) amie, saya suka kacau awak. sebab expression muka awak unik :D


wassalam

2 kesan:

NA. said...

budak broadcasting bukan kena join sekali ke? XD

...cintajihad... said...

woahh
excited tgk kat trafik ada budak johor lawat :P
kui2
erk, tade2 budak broadcasting out of list. haha
kidding2~