Tuesday, October 12, 2010


bismillah

baru je balik dari satu destinasi yang memang jadi tujuan harini
ada banyak benda yang nak kena buat
bajet sebelum 20hb buleh la settle
hmm tak buleh jugak

tak pe, ada ujian, ada hikmah, ada erti bersyukur, ye dak :)

dan tadi, aku balik naik ktm
singgah opis ayah dulu
masa keluar ktm tu aku pun sebok la dengan enpon
saje buat-buat busy
konon busy-girl gitu

&&
depan aku ada seorang pakcik, seorang pakcik yang buta
kesian tengok dia
tapi takpe, sebab ada sorang kakak ni lagi pantas dan efisyen
dia memaut lengan pakcik tu tunjukkan tempat cucuk kad nak keluar
tapi yang jadik tak bestnya
akak tu tunjuk tempat cucuk, bukan tolong cucukkan

aku pulak dengan slumbernya menonong kluar
ingat ke pakcik tu dah siap keluar
kesian tengok dia
even ramai yang still belum kluar
sorang pun taknak tolong

masa pakcik tu dah keluar dari kawasan ktm
aku stop jap kat tepi jalan
nak tengok mana hala tuju beliau
dalam aku perhati pakcik tu
tak sedar yang dia dah pun "ter"lintas jalan raya tanpa dia sendiri sedar
semua orang tengok je
ya, memang, memang termasuk aku
aku pun tengok je
aku bukan taknak tolong
tapi aku tergamam

dan dalam ramai-ramai manusia yang sempurna penglihatan
sempurna pendengaran
sempurna tubuh badan
kenapa sorang lelaki tua yang hilang kaki kiri
yang sedang menjual tisu yang berharga hanya 30sen bagi sara hidup
yang bergegas lari tarik pakcik atas laluan pejalan kaki ?

memang aku malu
aku malu dengan diri aku sendiri
aku malu kerana malu aku
adalah malu yang tidak bertempat

lepas tu, aku tunggu pakcik tu
aku jalan belakang dia
aku nak tolong dia
aku nak papah dia
tapi aku taktahu macam mana
apa yang aku fikir masa tu
aku kena pegang lengan dia
tapi aku malu
nampak, aku malu nak membuat kebaikan
aku bukan malu kerana aku akan memapah seorang yang buta
tapi aku malu kerana aku takut dan aku segan


aku kasihan dengan diri sendiri
19 tahun aku menghirup udara yang Allah kurniakan
tanpa DIA meminta bayaran apa pun,
19 tahun aku hidup selesa dengan segala nikmatnya,
dan
19 tahun aku hidup dengan serba sempurna
tapi tak pernah sekali aku bantu golongan seperti ini

dan Alhamdulillah
laluan pejalan kaki di sekitar ktm putra memang ada satu laluan untuk mereka yang begini
laluan berwarna kuning yang ada tenggelam timbul
bagi memudahkan diorang

dan aku
akhirnya termangu
melihat pakcik beransur pergi
hingga hilang dari pandangan
pakcik sepertinya tak arif dengan kawasan dekat situ
aku risaukan dia
bagaimana kalau laluan kuning tersebut berakhir
kemana akan kaki pakcik melangkah ?



p/s : blog ni masih under construction. layout dan header masih belum sempurna.
tapi saya nak menulis jugak :)
maaf untuk penggunaan bahasa diri "aku". andai ada yang tidak kena, mohon dibetulkan

wassalam

3 kesan:

nabilah shukri ~~V said...

MALU
btol sgt,, bkn ssh pn nk wat kebaikan, tp sbb malu tu la ia hanya sekadar niat -_-'

abah aman said...

salam,
layout tak penting sangat. mesej itu objektifnya. teruskan...

...cintajihad... said...

bilah :
betull.. tak pe. lepas ni kita cuba jadik yang lebih baik ! insyaAllah


abahaman :
insyaAllah, syukran :)