Tuesday, September 21, 2010
dalam hidup ni, banyak benda yang kita lalui. dan dalam banyak-banyak benda yang kita lalui banyak jugak darinya yang kita lakukan kesilapan. dan dalam banyak-banyak kesilapan yang kita lakukan, banyak juga yang kita telah tuding jari kepada orang lain, sebagai menanggung kesilapan yang telah kita lakukan.
kita tak sedar, dalam kita kecewa dengan sikap orang pada kita, rupa-rupanya dia juga kecewa dengan sikap kita pada dia. kita yakin kita telah buat yang terbaik, tapi rupa-rupanya yang terbaik buat kita tak semestinya terbaik untuk orang lain.
kata orang, bila benci dengan sikap orang pada kita, catatkan di dalam sebuah buku. bukan catatkan siapa yang telah berbuat keburukan kepada kita, tetapi apa keburukan yang telah dia lakukan. dengan itu, kita juga akan sentiasa sedar, bahawa kita juga tidak boleh berbuat keburukan yang kita benci itu kepada orang lain.
sebagai contoh, kita benci dan sakit mendengar kita di umpat. jangan lupa, mereka juga sakit sekiranya mendengar kita mengumpat. erti kata lain, jangan lakukan perkara yang kita tak mahu orang lain lakukan pada kita.
p/s : perlunya bermuhasabah
wassalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 kesan:
betul2.. jangan main2kan orang lain kalau taknak diri sndiri dipermainkan.. kan..
btul2 :)
jangan buat benda yang kita x nak orang lain buat kat kita~
Post a Comment