bismillah
baca dekat blog someone semalam. her entry, full of hope. katanya, dia tak sempat untuk meminta agar dirinya di tunggu, kerana si dia pergi dengan terlalu terburu. katanya juga, cincin masih tersarung di jari, sebagai petanda dirinya sedang menanti.
aku tidak pernah melalui pengalaman itu. jodoh, pertemuan, ajal dan maut segalanya telah di tetapkan. aku tidak terlalu ingin mencari dan aku juga tidak terlalu ingin untuk di cari. bagi ku, biar masa yang menentukan...
kata orang, untuk mendapati dan menjalani sebuah kehidupan yang benar-benar berguna dan sempurna, cari dan kesan apa tujuan kita di muka bumi ini, apa matlamat kita dan di mana pengakhiran kita.
jadikan cintamu pada Allah dan rasul sebagai cinta terAgung, cintamu pada kedua ibu bapamu cinta terAtas dan jadikan cintamu pada si dia yang halal buatmu sebagai cinta terUtama.
ku harap kita akan bertemu di syurga~
p/s : entry tidak berkaitan dengan sesiapa.
mood ni hadir gara-gara hujan yang sangat sayu
wslm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 kesan:
Post a Comment