Saturday, August 28, 2010


bismillah :)

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh kami tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya, boneka Yahudi.


Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.


Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al – Mu’tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita suci terpenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.


Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.


Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.


Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.


Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al – Farouq, Zunurain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.


Dulu,
Lelaki bersatu mengahadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.


Kembalilah lelakiku,
Pada kelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah Rasul.





sumber : syabab musafir kasih :)

wallahualam~

3 kesan:

NA. said...

like!
:">

masih adakah lelaki yg terpelihara di luar sana?

*eceh! tetiba pulok!*

zBz said...

kini manusia hanyut dengan kecintaan dunia..bile nafsu mnjd raja, yg mane dosa yg mane pahala sume nye nmpk sama....oh dunia~

...cintajihad... said...

amie :

saya pun tanya awak balik,
masih adakah lelaki yang terpelihara di luar sana ?

hehe


zbz :

bila awak cakap mcm tu, teringat bila malaikat mempersoalkan mengapa Allah nak menciptakan khalifah (manusia) di atas muka bumi ini sedangkan memang di ketahui bahawa mereka akan berbuat kerosakan dan kejahatan :)
(al-baqarah )

wallahualam :)