alhamdulillah, baru selamat pulang dari mid-term exam mantiq. terus bergegas ke bilik ustaz abu. hajat mau pulangkan buku yang dah berbulan dipegang. 10 minit menunggu, ustaz abu pun mucul. baru abes kelas barangkali.
belum sempat muqaddimah apa-apa dekat ustaz, datang sorang lagi ustaz ketuk pintu. terdengar sikit-sikit. mereka sebut tentang JENAZAH.
tersentap hati. siapa yang meninggal ?
bila dah reda sikit suasana, terus tanya ustaz.
kata ustaz, nama dia Zakwan. Arwah Zakwan. student account sem 3. meninggal sebab terkena elektrik masa cuci lampu semalam lepas tarawikh.
subhanallah.
mata dah berair. mulia nya cara beliau meninggal. bantu mencuci lampu buat masjid untuk kegunaan semua.
kata ustaz juga,
husnul khatimah insyaAllah :)
xkenal siapa insan ini, tapi berita kematiannya menyentap hati. mungkin salah satu faktor lagi kerana jumaat lepas, beberapa hari sebelum puasa, seorang pelajar HR sem 5 meninggal. dan dia meninggal hari JUMAAT. subahnallah :) namanya, Firdaus, Arwah Firdaus.
balik dari bilik ustaz, aku dan farah tak seperti biasa. senyap. mungkin masing-masing masih memikirkan khabar tadi.
aneh. kami tidak mengenali beliau, tapi kematiannya meninggalkan sesuatu dalam hati. sesuatu yang memberi kesan. dan ia, mendalam.
teringat sesuatu yang pernah di dengari suatu ketika dahulu,
orang yang mati, walau dia hanya insan biasa, tapi jika dia punya amal yang mulia, kepergiannya di sambut dengan tangan terbuka oleh penduduk langit, maka kematiannya akan di sebut-sebut, dan orang akan sentiasa mengingatinya, walau dia bukan sesiapa.
subhanallah :)
yaAllah, aku ingin kematian yang begitu. kematian yang Engkau terima aku dengan tangan terbuka, kematian yang seluruh penduduk langit nantikan aku dan kematian yang di redhai oleh kedua ibu bapa ku.
p/s :
1 )semoga roh Arwah Firdaus dan Arwah Zakwan di cucuri rahmat Allah dan di tempat kan bersama orang-orang yang beriman.
2) ramai yang kata, dah ajal dan ada yang kata dah takdir.
tapi kata aku, mati itu pasti, dan ia x mengenal usia,
wallahualam.

0 kesan:
Post a Comment