sedang dalam mode quizzes + assignmnents even baru 2 minggu masuk kuliah -.-' .. saya juga sedang dalam proses mencari artikel-artikel yang menarik yang dapat di kongsikan di dalam usrah. untuk pengetahuan korang, usrah kat sini adalah sesuatu yang wajib bagi setiap individu. makanya, akan terdapat 3 jenis golongan yang akan hadir pada setiap jumaat. pertamanya, golongan mereka yang telah mengikhlaskan hati dan hadir usrah dengan hati terbuka. keduanya, mereka yang hadir dengan hati yang terpaksa sebab usrah adalah satu perkara wajib yang akan menentukan kita boleh grade atau tidak nnty dan ketiganya, mereka yang hadir dengan hati yang kosong. tidak lah terlalu ikhlas namun tidak lah terlalu menentang.
dan usrah ini akan berjalan selama hampir 2 bulan setengah. itu satu jangka masa panjang di mana saya perlu lakukan sesuatu yg sepatutnya insyaAllah :)
jadi, apa yang saya nak lakukan sekarang ialah, saya mahu :
golongan pertama yang ikhlas hatinya, akan terus ikhlas dan seronok menghadiri usrah
golongan kedua yang terpaksa hatinya, akan mula hadir dengan ikhlas kerana mahukan pengisian rohani
dan golongan ketiga yang hatinya kosong, tidak lagi berasa kosong dan mula menghayati dan menerima :)
namun,
“Tidak ada yang membuatku merasa aman. Sedangkan hati-hati para hamba ini berada di antara dua jari Allah Yang Maha Pengasih. Sesungguhnya jika ia hendak membalikkan hati seorang hamba-Nya, Dia tinggal membalikkannya begitu saja.”
[HR.Ahmad 4/302]
sesungguhnya, Allah lah pemegang hati-hati ini dan Allah jua lah yang membolak balik kan hati. saya hanya mampu berusaha. sedangkan Nabi Muhammad kekasih Allah juga tidak mampu memberikan hidayah, apatah lagi diri saya yang hina, yang tidak tahu di mana kedudukan saya di sisi Allah.
yaAllah, jangan kau tarik nikmat Mu ini ..
mohon doa kalian :)
p/s : ramai yang x perasan. tempat komen bagi setiap entry saya adalah di bahagian sebelah kanan atas setiap post. hehe
p/s : ramai yang x perasan. tempat komen bagi setiap entry saya adalah di bahagian sebelah kanan atas setiap post. hehe
wassalam
0 kesan:
Post a Comment