bismillah:)
hari isnin ni bermulah lah hari pertama fnal exam untuk sem terakhir aku sebagai pelajar asasi kat sini. syukur, kehidupan aku kat sini berjalan dengan lancar. syukur, biah kat sini x ubah seperti biah di sekolah dulu. dan syukur, atas segala nikmat yang aku peroleh di sini. di sini aku bukan seperti aku disekolah dahulu. jauh berbeza. di sini aku mewujudkan diri aku yang asing, yang lain kerana aku takut andai aku ulang kesilapan aku yang lalu. dan syukur alhamdulillah, petunjuk yang Allah berikan bahawa di sinilah tempat aku sungguh benar-benar menakjubkan. aku nampak hikmahnya dan sungguh Allah maha mengetahui atas sesuatu :)
pergi ke bookfair hari tu, banyak jugak buku yang aku borong. alhamdulillah, walau masa padat dan aku x sempat nak menghadiri usrah, bagi aku dengan sedikit pembacaan bahan ilmiah tulisan ahli-ahli fikir kontemporari turut membantu aku, membantu aku untuk terus mengharungi hidup yang penuh liku. dan semalam aku terbaca satu bab. tajuknya
jadilah seperti rumput.
kenapa jadi seperti rumput. bukankah rumput itu sesuatu yang kecil. sesuatu yang dipijak-pijak bahkan rumput juga tidak berbunga malah tidak sesekali berbau harum. sungguh, ciptaan Allah maha Agung. walau rumput di pijak dan tidak harum, namun rumput memberi kekuatan pada tanah. akar rumput mencengkam dan membantu tanah dari terhakis. saiz rumput yang kecil tidak sesekali menghalang ia untuk berbakti.
malah, tanah dan batu yang sifatnya keras, degil, dibantu oleh rumput yang lembut, yang kelihatan seperti biasa-biasa saja walaupun rumput tidaklah secantik mawar yang merah malah harum. hakikat ini mengajar kita, walau diri kita tidaklah sempurna, tidaklah cantik dan tidak dipandang orang, namun kita juga masih mampu untuk berbakti. berbakti melalui kelebihan lain yang kita perolehi.
dan perlu diingat, walau rumput dipijak berkali-kali, ia masih mampu bertahan. rumput memang lembut. dan kerana kelembutan itulah apabila dipijak rumput tidak patah malah ia kembali ke bentuk asal selepas dipijak. dan sudah pasti, kelembutan rumput bukanlah satu kelemahan tetapi satu kekuatan. bayangkan jika rumput berkasar dan berdegil untuk jadi keras dan tidak mudah dilentur. fikirkan.
Islam juga turut mengajar supaya menjadi orang yang lemah lembut. jadi seperti rumput, walaupun lembut, kita tidak patah walau diinjak. rumput dipijak tapi ia bukan hina malah andai di pukul ribut, rumput tidak hancur :)
aku tulis ni berdasarkan hasil pemahaman pembacaan aku. sekarang aku tengah bergelumang dengan buku. aku mohon moga-moga apa yang aku lakukan ini dikira ibadah, bukan sia-sia. insyaAllah:)
seperti biasa, bila exam hampir menjelang, aku makin suka untuk mendiamkan diri. dan kurang bercakap. entah, mungkin bagi aku dengan men'stress'kan diri macam tu mampu buat aku berusaha lebih kuat. kalau xde tekanan, aku terlalu enjoy. susah jugak macam tu. uhu
sekarang aku tulis entry ni sebab nak menghilangkan cuak aku sekejap. untuk final ni ada 6 paper. tapi 4 hari je dan 4 hari tu adalah berturut. semoga aku kuat nak hadapai insyaAllah :)
p/s:
1) rasa lawak pun ada jugak tengok sahabat-sahabat yang dapat makanan "pos" dari orang asrama seberang.
aku mampu doakan je. insyaAllah ada jodoh korang. moga tidak melebihi batas pergaulan yang telah ditetapkan. ingat, antara dua manusia yang berlainan jantina, akan ada 'benda' yang ketiga yang akan menghasut. kuatkan iman
2) doakan aku. aku butuh doa dari kalian. final exam~
wassalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 kesan:
insyaallah
bitaufiq wan najah!!
nazurah ak doakn ko bejaya dunia akhirat
aminn ^_^
cantek~ sye nak jadi rumput! :)
Post a Comment