Saturday, March 27, 2010


bismillah


kalau kita tengok betul-betul, kita akan lihat yang lain manusia lain perangainya. ada sesetengah yang suka kan ini tapi ada sesetengah yang suka kan itu. lain orang lain ke-suka-an dan ke-benci-an diorang. sebab tu kalau kita lihat, banyak kajian-kajian yang dibuat menunjukkan sifat manusia itu berbeza-beza. sebagai contoh kajian yang di lakukan oleh dr. Fadzilah kamsah. beliau membuat satu kajian dan hasilnya menunjukkan sikap yang berbeza bagi setiap tarikh lahir dan bulan lahir.

motif post aku ? entah la. aku seorang yang suka memerhati orang. aku suka lihat sifat dan perangai orang kemudian aku banding dengan yang lainnya. dan kat situ aku nampak. benarlah kata-kata Allah bahawa tiada manusia yang sempurna. setiap dari kita ada kelebihan dan ada kekurangan.

aku ambil contoh yang paling simple.

ada orang yang kalau sepah sikit je bilik dah mula bising-bising. tapi dia ni seorang yang kurang pandai memasak.

berbeza dengan kawan dia yang reti masak ni, kawan dia ni seorang yang memang x pandai nak kemas bilik. bukan sepah cuma kurang kemas.

boleh nampak kelebihan dan kekurangan seseorang itu ?. Allah cipta manusia dengan kelebihan dan kekurangan.


contoh sifat manusia yang kedua.

kalau kita lihat, ada manusia yang bagi kita dia baik sangat. maksdunya dari segi membantu orang. dia ikhlas dan xpernah merungut. tapi ! dari sudut hubungan dengan Allah, dia kurang.

dan ada orang yang hubungan dia dengan Allah kuat, tapi hubungan dia dengan manusia amat mengecewakan. nak mintak tolong boleh tapi dia x ikhlas.

yang pasti, jarang dan amat susah nak jumpa orang yang hatinya dekat dengan Allah dan dia juga amat ikhlas dengan manusia.

cukup untuk dua situasi.
ia sudah membuktikan bahawa manusia tidak sempurna.

tapi, adakah kita akan duduk dan sekadar redha dengan ketentuan Allah yang menciptakan manusia tidak sempurna?

sesungguhnya setiap ketentuan Allah boleh di ubah dengan usaha kita.

firman Allah :

tidak akan berubah nasib sesuatu kaum itu melainkan dia mengubah dirinya sendiri.

*peringatan buat diri yang sering lupa

wallahualam :)

5 kesan:

tembikai said...

kita mmg tak buleh jadi org lain,
tapi kita buleh jadi org yg lebih baik..

...cintajihad... said...

yeah !
1st tyme dengar kak long bermadah
hee

NA. said...

kite byk kekurangan. tp harus berusaha utk mnjadi yg lbih baik krn Allah! :)

Anonymous said...

be ur self.. =)

me.myself said...

huhuhu..
nmpk dh mke gtal ko tu.
nnt kalu ko kawen dlu jmpt au!