Friday, May 1, 2009

tragis


bismillah..

Ibu, adik maut depan mata


MOHD Fikri ditenangkan neneknya, Maharom selepas ibu dan adiknya maut dalam kemalangan di Jalan Engga ng berhampiran LRT Jelatek di Kuala Lumpur, semalam.



KUALA LUMPUR: Mayat ibu yang terbujur kaku dan percikan darah dari kepala adiknya yang terkulai, menyebabkan Mohd Fikri Jaafar, 10, trauma dan menangis tak henti-henti sepanjang hari.



Mohd Fikri yang dalam sekelip mata kehilangan ibu dan adik bongsu perempuannya selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Enggang, Keramat di sini pagi semalam, terpaksa ditenangkan neneknya, Maharom Hussin.


Ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL), kanak-kanak itu dilihat beberapa kali bertanya kepada Maharom di mana jenazah ibunya dan sama ada sudah dimandi dan dikafankan untuk dibawa pulang.









*copypaste dr berita harian online..






innalillahiwainnailaihirajiun..dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali..bila melihatkan kepada keadaan dan keremukan kereta tersebut selepas kemalangan betul-betul menghiris hati ini.. ditambahkan pula melihat keadaan adik Mohd Fikri selepas kejadian itu..Allah lebih sayangkan mereka..



wallahualam..

10 kesan:

silentdreamer said...

ksian dye...
arap2 dye tabah!
kn nazurah?!

Natsu said...

innalillahi wa inna ilaihi rajiun.

tembikai said...

its been written from the very beginning..al-fatihah

...cintajihad... said...

bella> yup..btul tu bella..lagipun perjalanan hidup dy masih jauh lg..kena tabah..:)


intel_inside>:)

tembikai>al-fatihah :)..btw yup..written from the beginning..

Sabrina said...

sedih ak tgk bdk tue..


huhu...


moge2 jenazah ibu n adik die dicucuri rahmat n di tempatkan dlm golongan org2 yg soleh dan solehah..

amin..

amin said...

begitu besar ujiannye..
takziah diucapkan..
harap2 MOHD Fikri tabah..

serunaiklang_91 said...

huhu..sedihnyer...kalo kiter tak tau rasa apa??/

Abid Kamaz said...

sedihnya, moga rohnya ditempatkan bersama para solihin.

tapi ada berita yg paling best aku tengok semalam.

sepasang kekasih, terlibat dalam kemalangan, selepas pulang dari tgk movie pukul 3 pagi lebeh. perempuan mati, lelaki cedera parah. malu gilaa, mati dalam keadaan yang tak diredhai allah. nauzubillah, moga kita semua tak termasuk dalam org sebegini.

...cintajihad... said...

sab> ameen..semoga ditempatkan bersama org2 yg bertaqwa..


bla3>:)..mekasih singgah yah:)

serunaiklang>firman Allah..Allah xkan membebani seseorang itu melebihi kesanggupannya..btul kata awak..kalo jd kat kita xtwu la apa rasa..:(

abid>waa..dasat berita tu..nauzubillah..xsanggup mati dlm keadaan xdiredhai..xsanggup2..:(

DzuLagiL said...

permudahkanlah segala urusan kita...