Thursday, April 23, 2009

dah berkurun


bismillah

org belek2 email2 lama kat email yahoo tadi..huhu..dulu bella ngan nazer selalu forward2 email..hehe..skrg nuni slalu bg..thanx ea korg!..then i found this..terasa nak copy paste..sbb baru baca..nazer bg ni tahun 2006 xsilap..terlepas pndg kot..tu yg baru terbaca 2009 ni..hehe..ok..




Ada kalanya ada segelintir perkara yang kita lalui bersama-sama rakan taulan agak menyedihkan dan menyakitkan. Walau bagaimanapun,mainan emosi seperti inilah yang menjadikan sesebuah hubungan persahabatan berlangsung dalam suasana yang lebih menarik dan mencabar. Sekiranya kamu tergolong dalam golongan sahabat sejati,sudah tentu kamu mampu mengatasi setiap dugaan yang melanda dengan jayanya.


Antara faktor suatu persahabatan mampu bertahan ialah:



Persahabatan tidak terjalin secara automatik.Ikatan persahabatan perlukan proses yang panjang untuk saling mengenali. Lebih lama kita mengenali dan mendekati seseorang,maka lebih eratlah persahabatan itu.



Hubungan persahabatan diwarnai dengan suka duka,dilukai dan disakiti, disayangi dan dikecewakan,dibantu dan diabaikan. Semua itu tidak pernah sengaja dilakukan untuk mengundang kebencian atau kemarahan orang lain. Dugaan sedemikian menjadikan kita lebih yakin dan matang untuk meneruskan hubungan dalam jangka masa yang panjang.



Seseorang sahabat takkan menyembunyikan kesalahan untuk mengelakkan perselisihan faham. Si sahabat akan menegur dan mengaku setiap kesalahan yang dilakukan.



Perasaan rindu yang timbul menunjukkan sebahagian daripada emosi semulajadi yang wujud dalam sesebuah ikatan persahabatan kerana tiada ikatan persahabatan yang dimulakan dengan sikap ego.



gitu la bunyi nya..

wallahualam