Tuesday, March 24, 2009

...VS...


bismillah..


*teringat ada satu hadis nabi..tp x ingat yg detailnye..terdengar dlm rancangan tanyalah ustaz suatu ketika dahulu..maksud hadis tersebut lebih kurang macam nh..Rasulullah berkata kpd seorg sahabat.."kita hanya manusia..sekali sekala hiburkanlah hati"
hmm..lebih kurang macam tu la bunyi hadis tu..mohon dibetulkan kalau ade kesilapan..hadis tersebut versi penuh saya x ingat..
*saja letak post kali ni..sekali sekala buat hibur hati yg gundah..^_^
jadi! selamat membaca!!!

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool gila...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yang diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan itu!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

kalau lelaki handsome tak mahu bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau-kalau gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mahu bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

P/s: Kepada lelaki2 tak hensem...jangan kecik hati pulak ye :-)



13 kesan:

cebisan harapan said...

hahahahah..
lawak2..
tp mmg btul pown..

...cintajihad... said...

haha~
mmg btol pon..

me.myself said...

hahahhah:)

lawak sunggoh..trhibur jga ak..
cian kat yg tak brape handsome tu...bgi mamat yg prasan handsome jgn trlebih prasan plak!!hahahahha:D

...cintajihad... said...

haha~..
tu la..
jgn ada yg prasan sudah la^_^

Aduka said...

kesimpulan;
kita sama saja.. cantik ke hodoh ke smua milikNya.. kita hanya 'meminjam' saja.. sampai masa kita akan 'kembali'.. bersyukurlah nikmat yg ada di depan mata..
wallahua'lam..

Ihsan Fahmi said...

adei2..

...cintajihad... said...

aduka> btol3.. btw jgn slh paam pulak..artikel nh sekadar penghibur hati je..^_^..kan da gtw kat atas tuh..sekadar penghibur hati yg gundah..^_^..

...cintajihad... said...

ihsan>adei tang mana..hensem ke x hensem?? haha..gurau je^_^

bella's territory said...

Assalammu'alaykum. Salam taaruf. Sekadar tumpang lalu di dunia blog ukhti. Namun, izinkanlah saya untuk memberi sedikit komentar tentang topik ini.

Kalau lelaki Handsome itu adaah penilaian daripada diri kita sebagai seorang wanita juga. Suka memandang pada kekacakannya. Urm... tetapi persoalannya, ada jaminan ke lelaki yang handsome ni boleh bawa kita ke Syurga-NYA yang HAKIKI?

Sudah lumrah wanita. Bukan lumrah dunia taoOo tetapi lumrah kehidupan wanita itu sendiri. Terlalu kejar pada kesempurnaan luaran/fizikal seseorang lelaki itu. Tetapi tidak bijak menilai kepada kesempurnaan agama yang ada pada diri seorang lelaki itu.

Namun, apabila sudah bersama (bernikah) maka kekacakan pada diri seorang lelaki itu tidak akan mungkin kita memandangnya lagi. Tetapi kita mulai memandang pada kepentingan tanggungjawab dan keserasian serta keimanannya di alam rumah tangga nanti. Subhan-ALLAH! Begitu indahnya seorang khalifah yang dihiasi dengan akhlaq yang cukup indah. Maka dengan itu, jawapannya pilihlah yang sederhana sahaja. Yang penting agama pada dirinya!

Kesimpulannya: Jangan di okay kan sahaja apabila si handsome ni melakukan perbuatan yang tidak baik. Kerana walau sehandsome mana dirinya itu, di makhamah akhirat sana tetap diperhitungkan akan dosa-dosanya. Jadilah wanita yang bijak yang tidak mudah goyah imannya kerana kekacakan seorang lelaki!

Wassalam. (Comey blog ukhti ni. Teruskan berkarya kerana ALLAH jua. Barakallahu FeeQ. Allahumma Ameen.) [=

...cintajihad... said...

syukran ukhti bella..
saja je letak artikel nh..sekadar menghiburkan hati..seperti yg dinyatakan dlm post tersebut..hanya ntok mengiburkan hati yg gundah..huhu..buat semua kesimpulan dari post nh..jgn hanya mengejar kecantikan duniawi..benar seperti kata ukhti bella..

wallahualam

bella's territory said...

Memang benar apa yang dikatakan ukhti. Semua orang di sini sedia maklum ia adalah sebagai senda gurauan. Tetapi tidak salah juga jika dalam senda gurau itu kita selitkan kata-kata hikmah yang bisa membawa pada pengajaran. Agar tidak kelihatan ia sebagai satu kerja yang sia-sia sewaktu ukhti postkan artikel seperti ini.

Supaya dapat kita mempelajari manfaatnya dalam ilmu yang ukhti ingin sampaikan walaupun dalam bentuk gurauan sahaja.

Jadi terpikat pula pada bunga yang indah yang ternampil di belakang skin ukhti ini. Teruskan usaha ukthi dalam memberi atau menyampaikan ilmu ALLAH yang suci ini lewat dunia blog ukhti yang penuh dengan keindahan alam semula jadi. Subhan-ALLAH!

Jangan putus asa dalam berkarya dalam mempostingkan cerita/kisah/artikel yang menarik.

Ada sedikit selokah buat permaisuri musleemah ku di sini. Dibaca dengan penuh tenang di hati ya.

Ukhti ku Puteri Musleemah..

Andai semua orang memahami...
Cantik lahir bukanlah ukuran...
Tetapi cantik hati memikat semua orang...
Dan yang utama berbudi pekerti, seperti yang Rasul contohkan... (=

Sehingga di sini sahaja puteri ayu ku. Semoga diri ukhti dalam redha ALLAH senantiasa. Allahumma Ameen.

Selamat berjuang dan beristiqamah di jalan ALLAH Azza wa Jalla jua.

Musleemah - http://www.rediesh.com

...cintajihad... said...

syukran ukhti..
sungguh gembira dpt mengenali ukhti..
andai sudah terpkat dgn bunga dibelakang tu,,
rajin2lah menjengahkan diri ye^_^
huhu~
sedap kata2 tu,,
sungguh terkesan dihati..
mohon jasa baik ukhti ntuk komen bg post2 yg bakal dtg

wallahualam

bella's territory said...

InsyaALLAH adik ku Puteri Musleemah Ayu..

Semoga kebaikan yang kita lakukan kerana ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala jua. Allahumma Ameen. (=

Musleemah - http://www.rediesh.com

Akak pun ada blog juga. Insya-ALLAH post akak banyak cenderung pada wanita. Khas buat puteri ayu seperti mu untuk menjadikan pedoman dalam hidup. Sudi-sudilah melawat yer.

To you ukhti malikah al-musleemah as-solehah, keep the istiqamah going. Never give up in whatever you do Lillahi Ta'ala! Shukran jazakumullahu khayral Jaza'

Have a pleasant day ahead with great plans in mind.

Ilah LiQa~
Ma' as-salamah!