Sunday, March 29, 2009

jokes just for fun^_^( 2 )


Ehwan dan 100 Ekor Ayam

Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan kenduri untuk anaknya. Untuk itu dia ke bandar untuk membeli ayam di kedai Pak Romee.

Lelaki kaya: “Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok, ini alamat saya (seraya memberikan kadnya).” Pak Romee: “Baik tuan,saya akan suruh anak buah saya untuk menghantarkannya ke rumah tuan.” Selepas itu, Pak Romee memanggil anak buahnya yang bernama Ehwan Afendi dan memberikan arahan…

Pak Romee: “Wan, tolong hantar 100 ekor ayam esok ke alamat ini (sambil memberikan kad lelaki kaya tadi).”

Ehwan : “hantar ayam? Beres Tuan !”

Esoknya dengan menunggang motor si Ehwan pergi menghantar100 ekor ayam tersebut. 50 ekor diletakkan di sebelah kanan dan 50 ekor lagi diletakkan di sebelah kiri. Akan tetapi malangnya, di tengah perjalanan dia terjatuh dari motornya…, ayam-ayam yang dia bawa langsung terlepas dan lari bertempiaran. Orang ramai datang untuk mengetahui keadaan si Ehwan. Tetapi si Ehwan tidak apa2 malah ketawa terbahak-bahak. Seseorang diantara meraka datang bertanya, mungkin dia merasa khuatir kerana melihat si Ehwan ketawa …

Orang yg bertanya : “Bang, abang tak apa-apa kan… ? Kepalanya tak sakit kan?”

Ehwan : “Ha… ha… ha… !”

Orang yang bertanya : “Bang, kenapa bang ?”

Ehwan: “Ha… ha… ha…, dasar ayam-ayam, mereka nak lari ke mana? alamatnya kan ada pada aku… Hua.. ha.. ha.. ha…” _________________________________________________________________

Tengokkan Kalau Sampai Ipoh

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas “Encik.. tolong tengokkan anak saya ya… Nanti kalau sampai di Ipoh… cakap pada anak saya.”

Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya.

“Sudah sampai Ipoh belom?” Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.

Penumpang disebelahnya menjawab.. “Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!” Tapi si anak tidak mahu diam, dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, “Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?” Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata..

“Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!” Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.

Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang.. “Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?” Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh… Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh… si anak dibangunkan. “Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!” Kata Pemandu..

Si anak bangun dan berkata.. “Oh sudah sampai ya!” lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan… “Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?” tanya pemandu kebingungan.

“Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!”

__________________________________________________________________ Sin Chan Lambat Ke Sekolah
Guru : Kenapa awak lambat?

Sin Chan: Kerana sebuah papan tanda.


Guru: Papan tanda mana ?


Sin Chan: Yang ada tulisan, "Sekolah di hadapan, jalan perlahan."
_________________________________________________________________ Orang Paling Malas

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat RAJIN
belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas.

Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki
mengaku

Katanya : "saya adalah yang paling malas"


Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"


Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yang
menyuapkan saya".

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari
dia tuanku".

Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"


maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong
kunyahkan".

Maka raja pun terdiam.....


Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil
berkata:

"saya adalah yang paling malas tuanku".


Raja pun bertanya: "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"


budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas"....

8 kesan:

Izza Hashim said...

hehehe..hampeh betol si ehwan tuh...
mmbuatkan ku tsengih sorg..~~

...cintajihad... said...

hehe~
sengih sorg2 sorok2 ye..
takut ade yg pk laen pulak nnty^_^

cebisan harapan said...

hahahahhahaa~
u make me LAUGH OUT LOUD..
bgs2..
bykkn lg entry cmnie..

...cintajihad... said...

haha~
itz great ada reader mcm alia!
thanx ^_^

khasyikelvin_ said...

siyesly
make me laugh!
ngee~

...cintajihad... said...

hehe~
saya pun baca gelak giler..

Unknown said...

hahahahahah...lawak2 kes pemalas tu....

...cintajihad... said...

haha~
twu xpe^_^