sabda Rasulullah saw..sampaikan lah walaupun satu ayat..
**kenapa kita nak post tntg ni sbb kite rasa masih ramai yg x tahu akan hal ni..
takut kalau sampai maut menjemput kita masih lg xtahu..tp kalau salah mohon
korg betulkan..
soalan:
adakah kalau period @ haid tidak perlu qada' solat?
jawapan:
Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin
karangan HujjatulIslam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab
yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya
juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti
kehebatan ulama' terdahulu.
Dalam BAB TIGA :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."
perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam
kitab tersebut :
PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:
Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha
bagi perempuan yang didatangi haid :
1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah
haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya
waktu Maghrib,kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu
rakaat, maka baginya WAJIB
qadha solat zohor dan asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering
sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya
solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka WAJIB baginya qadha
solat maghrib dan Isya'.
" Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa
haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib
diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)
HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya
haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar
(selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat
bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan
diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat
haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya
sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah
Ihtiyat ( menjaga hukum)maka perempuan itu
juga perlu mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama :
-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering,
sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat
Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas)
maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering
masih dalam waktu Isya'. Solat Isya' juga boleh dijama'
(bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga
perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuaiannya (tidak betul-betul melihat
darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat)
maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu
maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu
berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu
hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses
pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah
bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.
Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2)
cetakan Darul Nahwan Nil
*kalau x paham mana2 antara penerangan diatas..sila
jgn segan bertanya..
kite pun baru nak menambah ilmu akan
hal ini..
sebarang kesilapan kite mohon tolong betulkan..
wallahualam
4 kesan:
bley x awk trg je kt kter?
peninglah nk bc..
hehehehehe~
huhu~
baca la dulu..
pnjg ckit..tp ilmu kan^_^
nazurah..
thnx ea bg tau nie..
kite da phm dah..;)
ok!
ur welcome!
Post a Comment